Nilai bantuan RM1,000.00 Sekali beri (one-off) bagi setiap pemandu yang layak.

Permohonan dibuka sehingga 30 November 2026

Semak Kelayakan

Siapa yang layak?

Semua pemandu teksi yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Kelayakan disemak berdasarkan senarai pemandu teksi berdaftar yang dibekalkan oleh APAD. Pemohon hanya perlu memasukkan No. Kad Pengenalan untuk membuat semakan.

Cara memohon

  1. Semak kelayakan

    Masukkan No. Kad Pengenalan untuk menyemak sama ada anda tersenarai sebagai pemandu teksi berdaftar dengan APAD.

  2. Lengkapkan borang permohonan

    Isi maklumat akaun bank dan muat naik salinan muka depan buku akaun bank atau penyata bank rasmi yang memaparkan nama pemohon dan nombor akaun bank secara jelas dan boleh dibaca.

  3. Semakan permohonan

    Permohonan anda akan disemak oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Kementerian Pengangkutan Malaysia.

  4. Terima bantuan

    Bantuan RM1,000.00 akan dibayar terus ke akaun bank yang didaftarkan setelah permohonan diluluskan.

Tarikh penting

Tarikh tutup permohonan
30 November 2026
Kaedah permohonan
Dalam talian melalui microsite ini sahaja