Apakah Bantuan Khas Kewangan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa?

Bantuan kewangan secara sekali beri (one-off) sebanyak RM1,000.00 daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia kepada pemandu teksi yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Siapakah yang layak memohon?

Semua pemandu teksi yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Bagaimanakah kelayakan saya ditentukan?

Kelayakan disemak berdasarkan senarai pemandu teksi berdaftar yang dibekalkan oleh APAD. Anda hanya perlu memasukkan No. Kad Pengenalan semasa membuat semakan kelayakan.

Berapakah jumlah bantuan yang akan diterima?

RM1,000.00 bagi setiap pemandu yang layak, dibayar sekali sahaja.

Bilakah tarikh tutup permohonan?

Permohonan dibuka sehingga 30 November 2026.

Bagaimanakah cara memohon?
  • Semak kelayakan menggunakan No. Kad Pengenalan dan No. Kenderaan (teksi) di laman ini.
  • Jika layak, lengkapkan borang permohonan dengan maklumat akaun bank dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Permohonan akan disemak oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?

Salinan muka depan buku akaun bank atau penyata bank rasmi yang memaparkan nama pemohon dan nombor akaun bank secara jelas dan boleh dibaca.

Format fail yang diterima: PDF, JPG atau PNG, saiz maksimum 5MB.

Bagaimanakah bantuan akan dibayar?

Bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam permohonan setelah permohonan diluluskan.